Saturday, 1 June 2013

Kiamat



{75}
AL-QIYAMAH (kiamat) 1~40.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Tidak ! aku bersumpah dengan hari kiamat
2. Dan tidak ! aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menegur dirinya.
3. Adakah manusia manyangka, bahawa tidak akan (bisa) kami kumpulkan tulang-tulang nya ?
4. Bahkan kami berkuasa atas meratakan jari-jari nya.
5. Tetapi manusia itu hendak mendurhaka dimasa yang didepan nya.
6. Ia bertanya; “bilakah (tibanya) hari kiamat ?”
7. Maka apabila pemandangan itu berang serta takut
8. Dan bulan itu jadi gelap
9. Dan dikumpulkan matahari dan bulan
10. Manusia akan berkata pada hari itu; “kemana tempat berlari?”.
11. Tidak sekali-kali ! tidak ada sebarang tempat perlindungan.
12. Kepada Tuhan mu lah, pada hari itu, tempat ketetapan.
13. Diberitahu kepada manusia, pada hari itu, apa yang ia telah kerjakan dan (apa yang) ia telah tinggalkan.
14. Tetapi manusia itu sangat mengerti akan diri nya.
15. Walau pun ia majukan alasan-alasan pembelaan nya.
16. Jangan lah engkau gerakkan lidah mu dengan nya lantaran hendak cepat menangkapnya.
17. Sesungguhnya mengumpulkan nya dan (membikin mu) membacanya itu adalah atas tanggungan kami.
18. Oleh itu, jika kami habis mambacanya, hendaklah engkau ikuti bacaan nya.
19. Kemudian sesungguhnya atas tanggungan kamilah penerangan nya.
20. Tidak sekali-kali ! bahkan kamu cinta kepada dunia.

21. Dan kamu tinggalkan akhirat.
22. Beberapa muka dihari itu berseri-seri.
23. Kepada Tuhan nya, ia melihat
24. Dan beberapa muka dihari itu sangat masam.
25. Ia yakin, bahawa akan dilakukan terhadapnya satu perkara yang  meremuk kan tulang belakang.
26. Jangan bagitu !  apabila sampai (ruh) kepada kerongkongan.
27. Dan ditanya; “siapakah pejampi ?”
28. Dan ia yakin, bahawa se nya (keadaan) itu (ialah) perpisahan.
29. Dan berbelit kepayahan (ini) dengan kepayahan (itu)
30. (Maka) kepada Tuhan mu pada hari itu, tempat kembali

31. Kerana ia tidak membenarkan dan ia tidak sembahayang.
32. Tetapi ia mendustakan dan ia berpaling,
33. Kemudian, ia pergi kepada ahli nya dengan keadaan berlingkung sombong.
34. Kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan !
35. Kemudian, kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan.
36. Adakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan percuma !
37. Bukan kah (asalnya) ia setitik dari mani yang dipancarkan ?
38. Kemudian ia jadi seketul darah, lalu ia jadikan (dia makhluk), lalu ia bereskan ?
39. Lalu ia jadikan daripada (manusia) itu sepasang; laki-laki dan perempuan ?
40. Tidak kah (Tuhan) yang demikian berkuasa atas menghidupkan bangkai-bangkai ? 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
 

Islamic Travel



Melancong kerana ALLAH,
Al-Imran,
137. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunah-sunah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).

Kelebihan umat Islam dari umat bani Israel,
Al-Imran,
110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada  yang maruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.  Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka;  diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.