{75}
AL-QIYAMAH (kiamat) 1~40.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Tidak
! aku bersumpah dengan hari kiamat
2. Dan
tidak ! aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menegur dirinya.
3. Adakah
manusia manyangka, bahawa tidak akan (bisa) kami kumpulkan tulang-tulang nya ?
4. Bahkan
kami berkuasa atas meratakan jari-jari nya.
5. Tetapi
manusia itu hendak mendurhaka dimasa yang didepan nya.
6. Ia
bertanya; “bilakah (tibanya) hari kiamat ?”
7. Maka
apabila pemandangan itu berang serta takut
8. Dan
bulan itu jadi gelap
9. Dan
dikumpulkan matahari dan bulan
10.
Manusia akan berkata pada hari itu; “kemana tempat berlari?”.
11. Tidak
sekali-kali ! tidak ada sebarang tempat perlindungan.
12. Kepada
Tuhan mu lah, pada hari itu, tempat ketetapan.
13.
Diberitahu kepada manusia, pada hari itu, apa yang ia telah kerjakan dan (apa
yang) ia telah tinggalkan.
14.
Tetapi manusia itu sangat mengerti akan diri nya.
15. Walau
pun ia majukan alasan-alasan pembelaan nya.
16.
Jangan lah engkau gerakkan lidah mu dengan nya lantaran hendak cepat
menangkapnya.
17.
Sesungguhnya mengumpulkan nya dan (membikin mu) membacanya itu adalah atas
tanggungan kami.
18. Oleh
itu, jika kami habis mambacanya, hendaklah engkau ikuti bacaan nya.
19. Kemudian
sesungguhnya atas tanggungan kamilah penerangan nya.
20. Tidak
sekali-kali ! bahkan kamu cinta kepada dunia.
21. Dan
kamu tinggalkan akhirat.
22.
Beberapa muka dihari itu berseri-seri.
23.
Kepada Tuhan nya, ia melihat
24. Dan
beberapa muka dihari itu sangat masam.
25. Ia
yakin, bahawa akan dilakukan terhadapnya satu perkara yang meremuk kan tulang belakang.
26.
Jangan bagitu ! apabila sampai (ruh)
kepada kerongkongan.
27. Dan
ditanya; “siapakah pejampi ?”
28. Dan
ia yakin, bahawa se nya (keadaan) itu (ialah) perpisahan.
29. Dan
berbelit kepayahan (ini) dengan kepayahan (itu)
30.
(Maka) kepada Tuhan mu pada hari itu, tempat kembali
31.
Kerana ia tidak membenarkan dan ia tidak sembahayang.
32.
Tetapi ia mendustakan dan ia berpaling,
33.
Kemudian, ia pergi kepada ahli nya dengan keadaan berlingkung sombong.
34.
Kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan !
35.
Kemudian, kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan.
36.
Adakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan percuma !
37. Bukan
kah (asalnya) ia setitik dari mani yang dipancarkan ?
38.
Kemudian ia jadi seketul darah, lalu ia jadikan (dia makhluk), lalu ia bereskan
?
39. Lalu
ia jadikan daripada (manusia) itu sepasang; laki-laki dan perempuan ?
No comments:
Post a Comment