Saturday, 11 July 2015

Surah AL-MU'MIN.



 
AL MU’MIN (orang yang beriman).

Surah Al Mu’min terdiri dari 85 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Az-Zumar.

Dinamai “Al Mu’min” (orang yang beriman), berhubung dengan perkataan “mu’min” yang terdapat pada ayat 28 surah ini.  Pada ayat 28 diterangkan bahawa salah seorang dari kaum Firaun telah beriman kepada Nabi Musa a.s.  dengan menyembunyikan iman nya kepada kaumnya, setalah mendengar keterangan dan melihat mukzizat yang dikemukakan oleh Nabi Musa a.s.,  hati kecil orang ini mencela Firaun dan kaumnya yang tidak mahu berimann kepada Nabi Musa a.s., sekalipun telah dikemukakan keterangan dan mukzizat yang diminta mereka.

Dinamakan pula “Ghafir” (yang mengampuni), kerana ada hubungan nya dengan kalimat “Ghafir” yang terdapat pada ayat 3 surah ini.  Ayat ini mengingatkan bahawa “Maha Pengampun” dan Maha Penerima Taubat”  adalah sebahagian dari sifat-sifat Allah, kerana itu hamba-hamba Allah tidak usah khuatir terhadap perbuatan-perbuatan dosa yang telah terlanjur  mereka lakukan, semuanya itu akan diampuni Allah asal benar-benar memohon ampun dan bertaubat kepada Nya dan berjanji tidak akan mengerjakan perbuatan-perbuatan dosa itu lagi.

Dan surah ini dinamai “Ah Thaul” (Yang Mempunyai Kurnia) kerana perkataan tersebut terdapat pada ayat 3.

Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al Mumin (1-85)
[GS]
https://sites.google.com/site/n1kualalinggi/1/1

No comments:

Post a Comment